Baru-baru ini, Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta akibat pelaburan dalam Fashion Valet.
Selepas berita ini tular, netizen mendesak Vivy Yusof untuk memberikan penjelasan mengenai kerugian pelaburan dana awam yang berjumlah RM47 juta pada tahun 2018, yang kini hanya bernilai RM3.1 juta.
Terbaru, melalui laman Instagram, Vivy telah memuat naik satu hantaran yang menyatakan bahawa dia akan memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut pada masa yang sesuai.
“Banyak perkara saya nak katakan, tapi tunggu waktu yang tepat. Insyaallah. Untuk sekarang, saya biarkan apa orang nak cakap. Tapi berhati-hati dengan fitnah yang awak sebarkan tentang orang lain.“
Dalam satu hantaran lain, Vivy yang dikenali sebagai Datin Vivy Sofinas binti Yusof turut berkongsi gambar dirinya sedang menerima rawatan di hospital.
Vivy memaklumkan bahawa dia akan memberikan respon mengenai isu yang tular itu tidak lama lagi. Selain itu, usahawan terkenal itu juga telah memuat naik hantaran yang memaparkan ayat dari surah Al-Baqarah yang berkaitan dengan fitnah.