Hiburan

Siri Call of Duty Raih Jualan Lebih 500 Juta Unit Sejak 2003

Call of Duty: Black Ops 6 turut mencatatkan jumlah pemain tertinggi pernah dicatatkan oleh siri itu.

Siri Call of Duty telah terjual lebih daripada 500 juta unit sejak pengeluarannya bermula pada tahun 2003. Activision Blizzard mengumumkan angka jualan terkini ini bertepatan dengan pelancaran Call of Duty: Black Ops 6 minggu ini yang juga mencatatkan jumlah pemain tertinggi dalam sejarah siri ini.

Namun, angka yang diumumkan hari ini tidak termasuk jualan Black Ops 6. Walaupun begitu, siri Call of Duty (COD) kini menduduki tempat kedua dalam senarai siri permainan video dengan jualan tertinggi di belakang siri Mario yang telah terjual lebih 880 juta unit sejak 1981.

COD diikuti oleh Tetris (495 juta), Pokemon (480 juta), GTA (430 juta), Minecraft (350 juta) dan FIFA (325 juta). Rekod jualan yang memberangsangkan dan jumlah pemain yang tinggi ini merupakan antara faktor yang mendorong Microsoft untuk mengambil alih Activision Blizzard pada tahun 2022 dengan harga $69 bilion.

Related posts
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KONGSI BAHAGIA, KENDURI RAKYAT DI MUAR DAN KOTA KINABALU

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kebahagiaan perkahwinan mereka…
Read more
Hiburan

AZHAN RANI HADIAHKAN KERETA KEPADA ADIK SEBAGAI PENGHARGAAN MENJAGA IBU

Pelakon Azhan Rani menghadiahkan sebuah kereta kepada adiknya sebagai tanda penghargaan atas usaha…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *