Viral

“Squid Game” Musim Kedua: Peserta Baru Sertai Pertaruhan Hidup atau Mati

Treler tersebut memberikan gambaran awal tentang apa yang bakal berlaku dalam pusingan kedua permainan survival ini.

Musim kedua “Squid Game” akan tiba tidak lama lagi dan Netflix telah melancarkan treler rasmi untuk musim terbaru siri popular ini. Treler tersebut memberikan sedikit gambaran tentang apa yang bakal berlaku dalam pusingan kedua permainan survival ini. Musim kedua ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 26 Disember.

Siri distopia Korea ini yang sekali lagi diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Hwang Dong-hyuk akan bermula tiga tahun selepas tamatnya permainan sebelumnya. Pelakon Korea Selatan, Lee Jung-jae yang memenangi salah satu daripada enam anugerah Emmy untuk peranannya sebagai Gi-hun akan kembali sebagai Pemain 456 yang memenangi permainan tersebut.

Menurut sinopsis, Gi-hun kembali dengan semangat baru setelah mengorbankan peluang untuk ke Amerika Syarikat. Dia sekali lagi menyertai permainan survival misteri ini, memulakan satu lagi pertaruhan hidup atau mati dengan peserta baru yang berkumpul untuk merebut hadiah sebanyak 45.6 bilion won.

Beberapa wajah yang dikenali seperti Gong Yoo sebagai jurujual yang mencari peserta baru, Wi Ha-joon sebagai detektif Hwang Jun-ho yang menyamar dan Lee Byung-hun sebagai frontman bertopeng yang mengawasi permainan, juga akan kembali.

“Squid Game” telah menjadi fenomena global sejak dilancarkan sebagai siri terbesar Netflix pada tahun 2021. Menurut The Hollywood Reporter, musim kedua ini dijangka menyajikan lebih banyak kejutan dan cabaran yang lebih mendebarkan.

Netflix juga mengumumkan bahawa musim ketiga yang dijadualkan untuk tahun 2025 akan menjadi musim terakhir bagi siri ini.

Related posts
ViralAgama

PEMENTASAN TEATER DIDAKWA PERSENDA RUKUN NEGARA, PDRM DAN MCMC DIGESA JALANKAN SIASATAN

Sebuah rakaman pementasan teater menjadi tular di media sosial selepas didakwa mengandungi unsur…
Read more
HiburanViral

MACKLEMORE SALURKAN AS$1 JUTA HASIL JELAJAH ED SHEERAN KEPADA PERTUBUHAN PRO-PALESTIN

Penyanyi rap Amerika Syarikat, Macklemore, mengumumkan akan menyumbangkan keseluruhan hasil bersih…
Read more
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *