Viral

Aktiviti Jurugambar Bebas di Menara Kembar: Caj Gambar hingga RM10, Pelancong Dilarang Ambil Gambar Sendiri

“No Camera Here”- Pelancong berang dilarang tangkap gambar depan KLCC, dipaksa guna servis jurugambar.

Baru-baru ini, tular kisah sekumpulan jurugambar bebas di Menara Kembar Petronas yang didakwa melarang pelancong mengambil gambar di kawasan tersebut menggunakan kamera sendiri. Kes sebegini pernah tular sebelum ini, namun kali ini kumpulan tersebut bertindak lebih berani dengan membalas kritikan netizen.

Mereka menyatakan bahawa tindakan pelancong mengambil gambar sendiri mengganggu sumber rezeki mereka. Difahamkan, kumpulan tersebut mengenakan caj antara RM5 hingga RM10 bagi setiap keping gambar yang diambil. Mereka juga menegaskan bahawa pelancong tidak pernah dipaksa untuk menggunakan perkhidmatan fotografi mereka.

Terdapat juga dakwaan bahawa kumpulan jurugambar ini terdiri daripada warga asing yang berasal dari Filipina. Seorang pengunjung, Adib Mazlee berkongsi pengalaman rakannya yang melawat kawasan tersebut dan dilarang mengambil gambar sendiri. Melihat ke ruangan komen, ramai lagi yang berkongsi pengalaman serupa.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *