Gosip

Misha Omar Nafi Terlibat Kes Penahanan Artis di Thailand

Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.

Penyanyi terkenal asal Kelantan, Misha Omar menafikan bahawa dirinya adalah penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis di Sungai Golok, Thailand, semalam.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar menafikan sebarang penglibatan dalam kes tersebut sambil mengucapkan terima kasih atas keprihatinan para pengikutnya di media sosial.

“Terima kasih kepada yang menghantar mesej dan bertanya sama ada saya okay atau tidak. Ini bukan saya… Jangan risau, okay?” tulisnya dalam satu entri di IG pada Sabtu.

Media melaporkan bahawa enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand awal pagi semalam.

Kesemua individu berusia antara 25 hingga 32 tahun itu ditahan di sebuah bilik selepas berhibur dan polis Thailand dilaporkan merampas 6,000 biji pil kuda.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat telah mengesahkan bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai penahanan tersebut dari pihak berkuasa Thailand.

“Kami menerima pengesahan bahawa enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis tempatan asal Kelantan, telah ditahan. Ini maklumat yang diperoleh daripada rakan sejawat kami di Thailand,” ujarnya ringkas.

Related posts
Gosip

JEP RESPON PERMOHONAN MAAF SHUIB, MAKLUM SUDAH AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Pelawak Jep Sepahtu memberikan respons terhadap video permohonan maaf Shuib dengan memaklumkan…
Read more
Gosip

WATIE NAFI HUBUNGAN DENGAN SHUIB SEBELUM PEMERGIAN SITI SARAH, MAHU LINDUNGI KELUARGA

Watie Hanifiah tampil menafikan dakwaan bahawa dia menjalinkan hubungan dengan suaminya, Shuib…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *