ViralUmum

“Kalau nak ambil cuti seminggu pun kami tak kisah” – Netizen meminta PMX menjaga kesihatan dan jangan lupa berehat

PMX masih gigih bekerja walaupun muka nampak letih. Sumber: Oh!media

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi di Instagram bahawa beliau sedang dalam perjalanan ke Kaherah, Mesir untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

Namun, yang menjadi perhatian ramai adalah gambar yang dimuat naik, yang menyentuh hati rakyat Malaysia. Dalam kapsyen hantaran itu, beliau menyebut sedang meneliti dan menyelesaikan beberapa tugasan penting, yang diyakini adalah berkaitan dengan urusan negara.

Rata-rata netizen meninggalkan komen, menyatakan rasa bangga memiliki seorang Perdana Menteri yang begitu berdedikasi dalam bekerja untuk rakyat. Ada juga yang berpendapat Ahli Parlimen Tambun tersebut perlu berehat, kerana sudah melihat beliau bekerja tanpa henti untuk satu tempoh yang lama.

Menurut rekod, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 2022, dan beliau kini telah memegang jawatan tersebut selama hampir dua tahun.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *