Viral

Tiket Konsert “Here I Am” Rossa Terjual Dalam 3 Jam, Kategori Festival Habis Dalam 4 Minit

Tiket Konsert ‘Here I Am’ oleh Rossa telah habis dijual dalam tempoh tiga jam sahaja!

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Sri Rossa sekali lagi mencatat sejarah apabila tiket pra-jualan Konsert Here I Am habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas dibuka pada 11 November 2024, jam 3 petang. Lebih mengagumkan, tiket kategori Festival habis dijual dalam hanya 4 minit, menunjukkan betapa kuatnya pengaruh dan populariti Rossa. Konsert ini akan berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025.

Rossa yang terkenal dengan vokalnya yang memukau dan lagu balada penuh emosi akan mempersembahkan beberapa lagu hits kegemarannya dalam malam yang pasti menjadi kenangan indah buat peminatnya. Konsert ini dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia Rossa.

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah “Nada Nada Cinta,” “Pudar,” dan “Hey Ladies,” serta beberapa persembahan eksklusif yang hanya akan dipersembahkan pada malam itu. Rossa turut menyatakan kegembiraannya untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur selepas 25 tahun berkarya dan menyifatkan sokongan peminat Malaysia yang sentiasa menghangatkan hatinya.

Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali juga melahirkan rasa teruja terhadap kolaborasi ini dan berharap konsert ini dapat mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui muzik serta menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026. Konsert Here I Am adalah kesinambungan daripada tayangan filem dokumentari All Access to Rossa: 25 Shining Years yang ditayangkan bulan lalu.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *