HiburanGosipTempatan

Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak

Farid ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Pelakon Farid Kamil memilih untuk tidak mengulas mengenai isu perceraian kali kedua dengan isterinya, Diana Danielle, sebaliknya memberi tumpuan kepada perancangan menyambut hari lahir anak keduanya, Nur Aurora.

Ketika ditanya mengenai simbolik pemakaian kurta putih dan songkok berlilit putih yang dikenakannya, Farid hanya menyatakan hasratnya untuk menjemput Aurora pulang dari sekolah.

“Hari ini saya bersyukur dapat menjemput anak saya pulang dari sekolah untuk meraikan hari lahirnya. Saya harap semua dapat mendoakan yang terbaik buat Nur Aurora Robe’ah. Semoga dia diberkati dan dirahmati Allah SWT. Dia minta hadiah paling mahal, iaitu saya,” seloroh Farid sebelum meninggalkan pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.

Farid turut berkongsi kegembiraan kerana urusan bertemu anak-anak dipermudahkan, malah dia baru sahaja berjumpa mereka pada pagi yang sama.

“Alhamdulillah, tiada masalah untuk berjumpa anak-anak. Kali terakhir saya jumpa mereka adalah pagi ini. Aurora dan Muhammad berada dalam keadaan baik-baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan, memaklumkan bahawa anak guamnya sudah bersedia menghadapi prosiding mahkamah berkaitan perceraian.

“Farid bersedia menghadapi prosiding ini, tetapi keputusan masih belum dibuat,” jelasnya.

Diana Danielle memfailkan penceraian buat kali kedua pada 4 November lalu, mendakwa wujud pergaduhan berpanjangan atau ‘shiqaq’ yang tidak dapat diselesaikan. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sebelum ini, Diana dan Farid pernah menghadapi krisis rumah tangga sehingga disahkan bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu. Namun, mereka rujuk semula pada 31 Ogos tahun yang sama.

Related posts
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
Gosip

WATIE NAFI HUBUNGAN DENGAN SHUIB SEBELUM PEMERGIAN SITI SARAH, MAHU LINDUNGI KELUARGA

Watie Hanifiah tampil menafikan dakwaan bahawa dia menjalinkan hubungan dengan suaminya, Shuib…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *