HiburanViral

Nina Ismail Sabri Sah Bergelar Isteri Hafiz Osman Dengan Sekali Lafaz

Kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, semalam. Tahniah!

Hafiz Osman sah bergelar suami kepada Nina Ismail Sabri hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Pasangan itu tampil serba putih dengan busana sedondon, melambangkan kesederhanaan dan keanggunan.

Sebagai mas kahwin, Nina menerima seutas rantai emas, menambahkan simbolik keindahan hari bahagia mereka. Sebelum ini, Hafiz sempat berkongsi momen istimewa ketika melamar Nina dalam sebuah video di Instagram. Lamaran itu berlangsung dalam suasana romantik di sebuah pameran seni yang ternyata merupakan sebahagian daripada rancangannya pada 21 September lalu.

Untuk makluman, ini merupakan perkahwinan kedua buat Nina. Beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 sebelum berpisah pada Ogos 2022. Hasil perkahwinan terdahulu, Nina dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia 6 tahun.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *