TempatanViral

Selepas 10 hari hilang, mayat gadis ditemui mereput dalam longkang

Misteri kehilangan seorang wanita sejak 10 hari lalu akhirnya terjawab selepas mayatnya yang hampir reput ditemui di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Kuching pada Sabtu

Susulan penemuan mayat Nurul Asikin Lan, 28, seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan, menurut laporan TVS.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah, memaklumkan bahawa proses pengecaman identiti mayat dan bedah siasat akan dilakukan. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Disember bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati, penjara hingga 40 tahun, dan minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Menurut hantaran di Facebook oleh seorang individu dipercayai saudara mangsa, Nurul Asikin gagal dihubungi selepas keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali pada 5 Disember lalu.

Bapa mangsa, Lan Endor, 53, berharap agar kematian anak sulungnya mendapat pembelaan yang sewajarnya, dan suspek dikenakan hukuman setimpal.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *