Susulan penemuan mayat Nurul Asikin Lan, 28, seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan, menurut laporan TVS.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah, memaklumkan bahawa proses pengecaman identiti mayat dan bedah siasat akan dilakukan. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Disember bagi membantu siasatan.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati, penjara hingga 40 tahun, dan minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Menurut hantaran di Facebook oleh seorang individu dipercayai saudara mangsa, Nurul Asikin gagal dihubungi selepas keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali pada 5 Disember lalu.
Bapa mangsa, Lan Endor, 53, berharap agar kematian anak sulungnya mendapat pembelaan yang sewajarnya, dan suspek dikenakan hukuman setimpal.