Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov.

Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan Alaska Airlines selepas terlibat dalam perselisihan dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.

Menurut laporan media antarabangsa, insiden tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas apabila pramugari meragui kesediaan Khabib untuk membantu penumpang lain sekiranya berlaku kecemasan di barisan keluar.

Dalam rakaman video yang tular, pramugari tersebut menyatakan bahawa dia tidak boleh membenarkan Khabib duduk di tempat tersebut dan memberi pilihan sama ada untuk menukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat.

Namun, Khabib menolak dan beranggapan tindakan tersebut tidak adil kerana dia telah mengikuti semua prosedur yang ditetapkan dan menjelaskan bahawa dia fasih berbahasa Inggeris seperti yang diminta semasa daftar masuk.

Walaupun ditawarkan tempat duduk lain atau pilihan untuk menaiki penerbangan seterusnya, Khabib tetap enggan berganjak. Akibatnya, beliau dan rombongannya telah diiring keluar dari pesawat.

Difahamkan, Khabib sedang dalam perjalanan ke Los Angeles untuk menyokong rakan sepasukannya dalam acara UFC 311 pada 18 Januari.

Setakat ini, pihak Alaska Airlines dan Khabib Nurmagomedov belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut yang dipercayai berlaku pada 11 Januari.

Namun, Khabib kemudiannya membuat hantaran di media sosial menyatakan bahawa pesawat yang dinaikinya adalah pesawat Frontier Airlines bukannya Alaska Airlines.

Related posts
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more
TempatanViral

Laungan "Hidup Bosku" Sambut Najib di Istana Kehakiman

Orang ramai yang terdiri daripada penyokong serta pemimpin-pemimpin parti politik berhimpun di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *