Tempatan

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim Dijadualkan Bertemu PM UAE di Dubai

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di hotel penginapannya bagi memulakan lawatan kerja selama tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

ABU DHABI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang melaksanakan lawatan kerja selama tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula pada Ahad dijadualkan untuk bertemu dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang juga pemerintah Dubai, hari ini.

Pertemuan tersebut akan diadakan di Istana Za’abeel di Dubai kira-kira 150 km dari sini. Perbincangan dijangka akan menumpukan kepada usaha memperkukuhkan hubungan dua hala serta meneroka peluang dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, sekuriti makanan dan tenaga, kecerdasan buatan, pusat data serta isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.

Pada hari kedua lawatannya, Anwar akan memulakan dengan perjumpaan bersama pihak Dana Kekayaan Berdaulat UAE. Seterusnya, mesyuarat perniagaan akan dimulakan dengan pertemuan beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi diikuti oleh Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Sheikh Hamed bin Zayed Al Nahyan serta Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala, Khaldoon Khalifa Al Mubarak.

Lawatan Perdana Menteri ini adalah atas jemputan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum untuk menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di sini. Anwar tiba di Abu Dhabi pada Ahad dengan pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada pukul 9 malam waktu tempatan (1 pagi Isnin waktu Malaysia).

Related posts
Tempatan

Harga Lantai Padi Baharu Dijangka Ringankan Beban Pesawah

Pesawah di negeri Kedah berharap pengumuman harga lantai belian padi baharu minggu depan akan…
Read more
Tempatan

Laluan Ke Taman Negara Niah Terputus Akibat Banjir

Tinjauan menunjukkan air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk Gua Niah menyebabkan…
Read more
Tempatan

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *