Tempatan

Kereta Penerbit Filem Hangus Dalam Kebakaran

Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dianggarkan musnah terbakar 90 peratus.

Kereta milik seorang penerbit filem, Perodua Axia, musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tasik Raja Lumu U5/17, Seksyen U5, Bukit Jelutong pada Ahad.

Namun, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.55 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Jentera tiba di lokasi pada 3.14 petang dan komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dianggarkan musnah terbakar 90 peratus.

“Kejadian itu tidak membabitkan mangsa dan kebakaran juga sudah padam sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya pada Ahad.

Katanya, operasi berkenaan diketuai komander operasi Marzu Abdullah bersama enam anggota dan sebuah jentera.

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *