Tempatan

Bomba Bantu Pindah Calon SPM Dari Rumah Panjang Ke Asrama Sekolah

Pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada warden asrama untuk tindakan lanjut.

KAPIT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah membantu memindahkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari rumah panjangnya ke asrama sekolah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak dalam kenyataan awal hari ini memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit 2 pada pukul 10.34 malam tadi.

“Berikutan itu pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit telah dihantar segera ke lokasi.

“Jalan keluar di rumah panjang yang terletak di Sungai Sibau, Jalan Bukit Goram, Kapit itu dinaiki air banjir setinggi lebih 1.2 meter,” menurut kenyataan itu.

Pihak Bomba bertindak memindahkan pelajar dari rumah panjang ke sekolah berkenaan menggunakan bot gentian fiber milik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) Pejabat Daerah Kapit.

“Pelajar kemudian diserahkan kepada warden asrama untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu..

Banjir di kawasan rumah panjang berkenaan masih terkawal kerana bertiang dan paras air dari lantai rumah adalah kira-kira 2.1 meter.

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *