
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah telah memutuskan untuk memberikan cuti peristiwa pada 11 Februari ini sempena sambutan Thaipusam.
Dalam surat rasmi kepada ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan semalam, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Nadzman Mustaffa menyatakan bahawa cuti peristiwa tersebut diberikan selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Pada 22 Januari lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa cuti tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan penganut agama Hindu meraikannya.