Gosip

YASIN SULAIMAN TARIK BALIK KENYATAAN, MOHON MAAF KEPADA JABATAN PENJARA

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menarik balik beberapa kenyataan terdahulu mengenai pengalamannya ketika berada di dalam penjara selepas mengambil maklum penjelasan yang diberikan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Kenyataan yang dibuat menerusi beberapa sesi temu bual dan podcast sebelum ini menyentuh dakwaan mengenai kewujudan dadah, hierarki serta layanan berasaskan wang dan pengaruh dalam kalangan banduan. Bagaimanapun, Jabatan Penjara Malaysia telah menafikan dakwaan tersebut.

Menurut Yasin, perkongsian berkenaan dibuat berdasarkan perkara yang dialami dan difahaminya ketika menjalani tempoh tersebut. Dia turut menjelaskan bahawa episod bipolar mania yang dialaminya pada waktu itu mungkin mempengaruhi cara dirinya melihat, memahami dan mentafsir keadaan di sekeliling.

Selepas menilai semula situasi yang pernah dilaluinya serta menerima penjelasan daripada Jabatan Penjara, Yasin mengambil keputusan untuk menarik balik kenyataan berkenaan. Dia turut menyatakan kekesalan atas kekeliruan dan salah faham yang tercetus dalam kalangan masyarakat.

Yasin dalam masa sama memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia, termasuk pegawai dan anggotanya. Dia menegaskan bahawa perkongsian tersebut tidak dibuat dengan niat untuk mencemarkan nama baik institusi berkenaan.

Related posts
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more
Gosip

SYED SADDIQ RASA BELUM LAYAK, ENGGAN KISAH CINTA BERSAMA BELLA DISAMAKAN DENGAN TUN M DAN TUN SITI HASMAH

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah, belum layak…
Read more
Gosip

SHIMA ANUAR PERTAHAN HARGA KEK RM150, JELAS KOS BAHAN JADI PENENTU

Pelakon Shima Anuar menafikan harga kek enam inci jualannya sekitar RM150 ditentukan oleh statusnya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *