
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah, belum layak dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad serta Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Mengulas perbandingan kisah cinta mereka, Syed Saddiq berkata jasa dan perjalanan hidup pasangan negarawan itu terlalu besar untuk disamakan dengan mereka.
Dia turut menyifatkan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah sebagai sumber inspirasi, khususnya menerusi sumbangan dalam bidang perubatan dan khidmat kepada masyarakat.
Menurutnya, perbandingan dari sudut cinta juga belum sesuai kerana mereka baru mahu memulakan kehidupan berumah tangga, sedangkan pasangan berkenaan telah melalui kira-kira tujuh dekad bersama.
Walaupun memahami niat baik pihak yang membuat perbandingan, Syed Saddiq memilih menjadikan perjalanan pasangan itu sebagai inspirasi. Dia dan Bella dijadualkan bernikah pada 10 Oktober ini.


