
Majlis resepsi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah di Muar, Johor pada 25 Oktober 2026 mendapat sambutan apabila lebih 10,000 tetamu hadir meraikan pasangan itu.
Berkonsepkan kenduri rakyat, majlis tersebut menghimpunkan penduduk tempatan serta tetamu dari Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan yang turut berkongsi kegembiraan pengantin baharu.
Kehadiran orang ramai dari pelbagai lokasi menyerikan majlis, sekali gus memperlihatkan sokongan dan doa buat pasangan berkenaan dalam memulakan kehidupan berumah tangga.
Terdahulu, mereka sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 dengan sekali lafaz. Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan mas kahwin RM500.
Selepas resepsi di MITEC dan Muar, pasangan tersebut dijadualkan meneruskan sambutan menerusi majlis berkonsepkan sama di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.


