Agama

PU RIZ TERKILAN KELAYAKAN DIPERSOAL, HANTAR LOD TUNTUT RM1 JUTA

Pendakwah selebriti Haris Ismail atau PU Riz meluahkan rasa sedih selepas dituduh tidak mempunyai tauliah mengajar agama serta dilabel sebagai “penunggang agama” oleh seorang pengguna media sosial.

Menurutnya, dia terbuka menerima kritikan mengenai penyampaian tazkirah. Namun, tuduhan berterusan yang mempertikaikan pendidikan dan kelayakannya menjejaskan emosi serta menyentuh perasaannya.

PU Riz menegaskan bahawa dia mempunyai tauliah mengajar agama sejak 2020. Dia turut menjelaskan pernah belajar di Mesir, menyambung pengajian di UIAM dan baru menamatkan Sarjana Pengajian Islam di OUM.

Menerusi peguam Faizal Rahman, PU Riz menghantar surat tuntutan kepada pemilik akaun Threads terbabit. Pihaknya menuntut pampasan RM1 juta serta memberikan tempoh 48 jam untuk memadam hantaran dan memohon maaf secara terbuka.

Isu tersebut timbul susulan pembatalan acara Nunha Meet & Greet di Johor yang dijadualkan pada 24 Oktober. Menurut peguamnya, tindakan mahkamah akan diteruskan sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

Related posts
Agama

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH HADIAHKAN UMRAH BUAT MAMA DAN ABUYA

– Foto Gempak – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama isterinya, Bella Astillah…
Read more
Agama

ALIFF DANIEL DAN IBU DITAHAN BANTU SIASATAN, 14 INDIVIDU LAIN DIJANGKA DIPANGGIL

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan Aliff Daniel bersama ibunya ditahan di Kuala Lumpur…
Read more
Agama

USRAH NON STOP ZAYAN CATAT LEBIH 2.6 JUTA TONTONAN DALAM 24 JAM

– Foto Astro Radio – Program khas Usrah Non Stop sempena ulang tahun kesembilan ZAYAN…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *