
Enzo Fernandez kini menjadi pemain bola sepak paling mahal dibeli kelab Liga Inggeris setelah menandatangani kontrak menyertai Chelsea dari Benfica. Yuran perpindahan Enzo Fernandez dianggarkan berharga £106.8m bersamaan RM561,026,319.18.
Perpindahan Enzo Fernandez menenggelamkan perpindahan paling besar Liga Inggeris sebelum ini iaitu perpindahan Jack Grealish dari Aston Villa ke Manchester City dengan yuran perpindahan £100m pada Ogos 2021.
Enzo Fernandez telah menandatangani kontrak di Stamford Bridge sehingga Jun 2031. Chelsea akan membayar Benfica dengan ansuran sebanyak enam kali.
Chelsea cuba menyelesaikan perpindahan ini pada Januari bagi mengelak saingan pada perpindahan musim panas kelak, kerana Enzo Fernandez merupakan salah seorang pemain paling bersinar di Eropah.