Umum

Selepas Gempa Teruk, Pelabuhan Turkiye ‘Disambar’ Api Besar

HATAY, 08 Februari 2023 – Pelabuhan Iskenderun, Turkiye, ‘disambar’ api besar pada petang Selasa, susulan gempa bumi kuat melanda tenggara negara itu pada Isnin.

Menurut media antarabangsa, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye pada hari Isnin memberi impak ketara ke atas pelabuhan, menumbangkan timbunan kontena dan menyebabkan “kerosakan struktur yang teruk.”

Rakaman video di media sosial menunjukkan bahawa ia merebak ke segmen besar susunan storan terminal.

Kumpulan perkapalan kontena dunia AP Moller Maersk berkata, kerosakan teruk berlaku terhadap infrastruktur logistik dan pengangkutan di sekitar pusat gempa, termasuk di pelabuhan Iskenderun.

“Kami perlu menukarkan destinasi semua kapal yang menghala ke pelabuhan itu ke hab berhampiran termasuk pelabuhan Mersin (di Turki) dan Said (Mesir),” menurut kenyataan syarikat.

Sumber berkata, berdasarkan asap dan api yang dilihat, kebakaran itu berkemungkinan berpunca daripada kontena berisi minyak perindustrian.

Perbandaran Metropolitan Istanbul melaporkan, setakat pagi tadi, kebakaran di Pelabuhan Iskenderun telah berjaya dikawal dan tidak lagi merebak.

“Kami menjangka ia akan dipadamkan sepenuhnya dalam masa 24 jam akan datang.”

Related posts
Umum

CENDERAHATI RESEPSI SYED SADDIQ DAN BELLA DITAWARKAN RM350, NETIZEN BERI PELBAGAI REAKSI

Cenderahati yang didakwa daripada majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi…
Read more
Umum

TAHU RANCANGAN NIKAH BASS SEJAK SYAWAL, PENGASAS HIJABISTA HUB PILIH SIMPAN RAHSIA

Pengasas Hijabista Hub, Wanie Elena, bersama suaminya, Syafiq Hilmi, mendedahkan mereka mengetahui…
Read more
Umum

WANITA PELAWA NORA DANISH JADI MADU, AKTRES DOAKAN SUAMINYA KEKAL SETIA

Aktres Nora Danish berkongsi mesej peribadi daripada seorang wanita yang mempelawanya menjadi isteri…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *