UmumHiburan

“Tolong pulangkan kucing saya” – Kila Fairy

Difahamkan kucing tersebut merupakan jenis baka kacukan British Shorthair dan R. Blue. – Gempak

Pelakon Kila Fairy menawarkan ganjaran berjumlah RM2,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucingnya yang hilang sejak 27 Februari lalu di sekitar Subang Jaya.

Menerusi satu poster yang dimuat naik di Instagram, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 30, memaklumkan bahawa kucing peliharaannya yang hilang itu berusia 10 tahun dan diberi nama Kovu.

“Kepada sesiapa yang mengambil anak saya (kucing), tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak mahukan kucing berwarna kelabu, saya boleh bagi awak seekor tapi tolong kembalikan Kovu saya.

Tolong tengok sekeliling, kucing jiran. Kovu sudah hilang sejak 27 Februari, sekitar 9 pagi,” katanya.

Difahamkan kucing tersebut merupakan jenis baka kacukan British Shorthair dan R. Blue.

Pada poster yang sama, anak kepada penyanyi vateran Rohana Jalil itu turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya orang awam menjumpai kucingnya.

Sumber : Astro Gempak

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *