ViralUmum

Elak Dicekup Polis, Lelaki Ini Tekad Junam Kereta Myvi Masuk Tali Air

Terbaru, seorang lelaki nekad menghumban sebuah kereta Myvi yang dipandunya ke dalam tali air di Pendang, Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah memaklumkan lelaki berusia 30-an itu merupakan seorang pengedar dadah.

Junam kereta Myvi

Kejadian berlaku 6.30 petang sewaktu pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang melakukan operasi Op Tapis Khas.

Pegawai dan anggota terserempak dengan Perodua Myvi warna putih dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Kampung Batu Menunggul, di sini. Sewaktu pasukan polis menghampiri kereta terbabit, suspek tiba-tiba memecutkan keretanya menuju ke arah jalan besar keluar ke arah jalan Pendang-Kobah.

Menurut Arriz, kenderaan yang dipandu oleh suspek hilang kawalan lalu menjunam ke dalam tali air.

Pihak polis berjaya mengeluarkan lelaki berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati dia merupakan seorang pengedar dadah yang aktif di daerah itu sejak setahun lalu.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985)

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Umum

CENDERAHATI RESEPSI SYED SADDIQ DAN BELLA DITAWARKAN RM350, NETIZEN BERI PELBAGAI REAKSI

Cenderahati yang didakwa daripada majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *