UmumViral

Wanita Hairan Bil Elektrik Melambung Cecah RM300 Sebulan, Meski Tidak Banyak Guna Perkakas Elektrik

Dia mendakwa peralatan elektrik dirumahnya jarang digunakan malah ada di antara peralatan tersebut sudah tidak digunakan dalam tempoh tiga bulan.

Elektrik merupakan sumber tenaga penting yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan warganet mendakwa bil elektrik mereka naik mendadak berbanding caj yang dikenakan pada beberapa bulan lepas.

Kebanyakan daripada mereka mengakui berlaku peningkatan dalam penggunaan barang elektrik khususnya penghawa dingin semasa musim panas.

Namun, ada juga yang hairan dengan caj yang dikenakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) walaupun penggunaan elektrik pada bulan itu adalah kurang berbanding sebelumnya.

Wanita Mengeluh Tiada Peralatan Elektrik Yang Banyak Tapi Bil Cecah RM300

Begitu juga yang dihadapi oleh seorang pengguna Facebook, Nur Habibi Qalbi apabila bil elektrik pada bulan Jun mencecah hampir RM300.

Dia mendakwa peralatan elektrik di rumahnya jarang digunakan malah ada di antara peralatan tersebut sudah tidak digunakan lagi dalam tempoh tiga bulan.

“Satu aircond tak hidup sampai 24 jam, satu Smart TV yang jarang buka, satu peti sejuk, satu Coway, satu mesin basuh yang guna seminggu dua kali sahaja dan beberapa biji lampu yang tak pernah buka hingga 24 jam,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurutnya, dia hairan dengan bil elektrik yang mencecah RM290 hingga RM300 walaupun barang elektrik di rumahnya tidak digunakan selalu.

“Macam seterika, lampu luar rumah pun dah lama tiada, pengering pun dah tiga bulan tak guna sebab rosak,” tambahnya lagi di ruangan kapsyen.

Dia juga mendakwa, saiz rumahnya tidaklah terlalu besar dan hanya mempunyai 3 bilik sahaja sehingga menyebabkan bil elektrik boleh mencecah sebanyak itu.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di akaun Facebook itu, bil elektrik yang tertera adalah sebanyak RM600.80. Namun, warganet mendakwa wanita itu dikatakan masih mempunyai tunggakan sebanyak RM288.08.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pendapat masing-masing. Ada di antara mereka yang mendakwa turut berhadapan dengan situasi yang sama.

Namun, ada juga yang mencadangkan agar dia membuat semakan meter TNB kerana dikhuatiri meter tersebut rosak sehingga menyebabkan bil elektrik naik dengan mendadak.

Ada juga yang turut mecadangkan agar dia mengurangkan penggunaan barang elektrik seperti penghawa dingin dan Coway.

Perkara sama turut dibincangkan di Twitter selepas seorang pengguna membuat ciapan mengenai isu berkenaan.

Malah, dia turut bertanya bagaimana kaedah yang digunakan TNB dalam mengira tarif elektrik.

Sebagai info, TNB merupakan syarikat tunggal yang menyediakan perkhidmatan pembekalan elektrik di Semenanjung Malaysia.

Berikut merupakan antara komen netizen:

Betul, Sama Rumah Saya, Naik Mendadak, Beratus Kena

Foto: FB Nur Habibi Qalbi

Cuba Cek Bacaan Meter Tu, Sama Tak Dengan Bacaan Dekat Bil, Saya Pernah Bil Air RM800, Sekali Tengok Bacaan Tak Sama

Foto: FB Nur Habibi Qalbi

Kalau Ikut Pengalaman, Biasanya Dibawah RM200, Mungkin Ada Masalah Lain

Foto: FB Nur Habibi Qalbi

Untuk info, sekiranya anda mempunyai komen atau pertanyaan berhubung bil elektrik, anda boleh membuat aduan atau pertanyaan di talian 1-300-88-5454.

Selain itu, anda juga melawati laman sesawang atau media sosial rasmi TNB bagi sebarang pertanyaan atau aduan.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *