GosipViral

Telefon Bimbit Ebit Lew Ada Sejarah Layari Laman Web Lucah – Saksi

Semalam, saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah bebas  Ebit Lew memberi keterangan di Mahkamah Tenom.

Memetik Harian Metro, saksi memberitahu mahkamah bahawa terdapat sejarah melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbit yang dianalisisnya.

Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, laman sesawang itu dilayari daripada aplikasi Google dan hasil analisis itu telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut.

“Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi memastikan laman sesawang yang dilayari itu mempunyai unsur lucah, dia telah membuka beberapa laman sesawang dengan merujuk kepada hasil analisis dan mendapati ia sememangnya laman sesawang berunsur lucah.

Antara laman sesawang yang turut dilayari termasuk wikipedia berkaitan “gangguan seksual”, “Undang-undang gangguan seksual di Malaysia”, “gurau lucah berisiko disumbat penjara” dan “Rang Undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual”.

Satu lagi telefon yang dianalisisnya mengandungi sebanyak 219 tangkap layar perbualan daripada aplikasi WhatsApp bermula pada 4 Mac 2021.

“Gambar satu (tangkap layar) menunjukkan paparan berkaitan nombor telefon milik penghantar mesej. Dalam paparan itu menunjukkan tarikh bermulanya perbualan mesej pada 4 Mac 2021 yang berikutnya (dalam bentuk tangkap layar) adalah isi perbualan,” katanya.

Difahamkan perbicaraan akan disambung hari ini. Untuk info, Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Sumber: Sinar Harian

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Gosip

VIDEO ATHISHA KHAN CETUS SPEKULASI RUMAH TANGGA, TIADA PENGESAHAN PERPISAHAN DALAM LAPORAN

Pempengaruh Athisha Khan menjadi perhatian selepas video YouTube berjudul One Final Dubai Diary…
Read more
Gosip

MAMAT SEPAH AKUI CETUS ISU DALAM PODCAST, MOHON MAAF KEPADA JEP

Pelawak Mamat Sepah mengakui dirinya mencetuskan perbualan dalam podcast yang membawa kepada konflik…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *