
Kebanyakan netizen mendakwa The Simpsons sekali lagi meramal masa depan apabila satu episod bertajuk ‘Homer’s Paternity Coot’ yang disiarkan sekitar tahun 2006 menjadi kenyataan.
Pasti ramai yang pernah menonton bahkan meminati siri kartun popular Amerika Syarikat (AS), The Simpsons.
Malah, ramai juga mengetahui kartun ini sering tular dengan beberapa ramalan yang diceritakan menjadi kenyataan sehingga ada yang mendakwa perkara tersebut sudah pun dirancang.
Pun begitu, penulis The Simpsons, Bill Oakley menyangkal semua dakwaan itu dengan menyatakan bahawa apa yang berlaku itu hanyalah kebetulan semata-mata.
Jika sebelum ini, tular mengenai sebuah episod The Simpson pada tahun 1993 mengenai satu wabak yang akan menyerang dunia.
Ini menyebabkan ada suara-suara yang mengatakan ia seakan sama seperti pandemik Covid-19 meskipun ia ia sebenarnya hanya merujuk kepada satu wabak fiksyen iaitu ‘Osaka Flu’.
Selain itu, ramalan The Simpsons bahawa satu hari nanti Donald Trump akan menjadi Presiden Amerika Syarikat juga sudah menjadi kenyataan sekaligus menjadi bualan ramai.
Ramai kaitkan tragedi kapal selam Titan dengan The Simpsons
Terkini, pengguna media sosial di seluruh dunia mengaitkan pula tragedi kapal selam Titan yang hilang sebelum dilaporkan meletup berdekatan bangkai Titanic mempunyai kaitan dengan salah satu Episod The Simpsons.
Mereka mendakwa The Simpsons sekali lagi meramal masa depan apabila satu episod bertajuk ‘Homer’s Paternity Coot’ yang disiarkan sekitar tahun 2006 menjadi kenyataan.
Menurut Daily Mail, di dalam episod ke-10 musim 17 itu, Homer Simpson bertemu semula dengan bapanya yang telah lama terpisah iaitu Mason Fairbanks, yang ingin menggali harta hilang di dalam laut.
Sebelum memulakan ekspedisi, Fairbanks memberi ucapan dengan mengatakan kepada orang ramai yang berada di situ bahawa ini adalah impiannya dan berasa gembira kerana dapat melakukan misi tersebut bersama anaknya.
Temui bangkai kapal terbelah dua seakan Titanic
Ketika mereka menyelam ke dasar laut dengan menaiki dua kapal selam, Homer dan Fairbanks menemui sebuah bangkai kapal yang terbelah dua seperti Titanic.
Mereka kemudiannya mengambil dua kotak harta karun, sebelum Homer tersesat semasa ingin naik semula ke atas permukaan laut.
Watak homer terperangkap dan kekurangan oksigen
Watak kartun itu juga terperangkap dan mula panik apabila indikator lampu oksigen rendah menyala di skrin kapal selam itu.
Susulan itu, netizen mengaitkan kapal yang terbelah dua itu sebagai bangkai Titanic manakala lampu oksigen itu sama seperti apa yang dilaporkan oleh media mengenai kapal selam Titan yang semakin kekurangan oksigen ketika misi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan.
Selain itu, cerita mengenai Homer dan Fairbanks juga dikatakan sama dengan tragedi terbabit apabila dua orang mangsa yang berada di dalam kapal selam mempunyai hubungan bapa dan anak, Shahzada Dawood, seorang taikun Pakistan-British dan anaknya Suleman.
Video
So apa pendapat korang? Adakah ini satu lagi teori konspirasi??