Global

Kanak-Kanak Kurang Upaya Maut Dihempap Lif

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sepuluh tahun di Sydney maut selepas dihempap lif sekolah

Menerusi laporan Mirror UK, kanak-kanak tersebut menggunakan lif kerana dia menaiki kerusi roda akibat kurang upaya.

Difahamkan, sekolah St Lucy di Wahroonga, Sydney menyediakan lif untuk memenuhi keperluan pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami autisme, kecacatan deria dan kurang upaya intelek.

Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada Rabu petang berhubung laporan seorang kanak-kanak cedera parah di sekolah. Namun, sewaktu mereka tiba kanak-kanak itu terperangkap di bawah lif dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, sebanyak 230 pelajar diminta untuk kekal di dalam bilik darjah mereka sementara pihak polis menangani kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, sekolah tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa sekolah akan ditutup sementara waktu kepada pelajar sehingga diberitahu semula.

Kami bekerjasama dengan polis yang menyiasat dan tidak dapat membuat sebarang kenyataan lanjut. Kami meminta privasi dan ruang untuk kakitangan dan keluarga.  Kami turut berdukacita pada masa ini sambil mengenang pelajar kami yang sangat baik.

Sementara itu, pihak polis dilaporkan masih berada di sekolah sementara operasi pemulihan diteruskan.

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *