Viral

Influencer Curi Ubat Gigi & Brokoli Dipenjara, Didenda RM400

Pempengaruh media sosial iaitu Rumaisyah Yahya dipenjara sehari dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret kerana mencuri beberapa barangan bernilai lebih RM100 di sebuah pasar raya pada Rabu.

Hukuman tersebut dikenakan selepas sertuduh yang berusia 31 tahun itu mengaku bersalah mencuri beberapa barang termasuk pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, dan sayur brokoli berjumlah RM108.18. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga hari lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di pasar raya sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang, sekitar jam 4.30 petang, 1 November lalu. Kes tersebut kemudian disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.

Menurut fakta kes, Rumaisyah yang juga merupakan seorang pengajar yoga dipercayai mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa tanpa membuat sebarang pembayaran. Tertuduh kemudian gagal mengemukakan resit pembelian kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

Peguam yang mewakili tertuduh iaitu Muhammad Rhastdan Abdul Wahab memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun.

Related posts
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *