Viral

Rakan Dakwa ‘Mangsa Buli’ Uqasha Senrose Dah Meninggal Dunia? – ‘Tuntut Di Padang Mahsyar Is Real’

Seorang wanita yang sebelum ini mendakwa pernah menjadi mangsa buli pelakon Uqasha Senrose sewaktu zaman persekolahan dikhabarkan sudah meninggal dunia.

Berita tersebut disampaikan di laman X oleh seorang individu yang dipercayai merupakan rakan arwah. Susulan pemergian arwah pada 31 Oktober lalu, individu terbabit seakan menuding jari menyalahkan Uqasha.

Aku harap Uqasha gembiralah buat kawan aku macam tu. Kali ini tuntut di Padang Mahsyar is real.

Kawan aku melalui kehidupan yang sukar, depresi, sakit lagi sakit yang takkan boleh sembuh. Hari-hari bertarung untuk terus kuat.

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen. Isteri kepada pelakon Kamal Adli sempat membalas ciapan tersebut dan berharap agar dapat bertemu individu yang mendakwa dirinya sebagai rakan arwah. Aktres itu juga meminta agar individu terbabit untuk menghubunginya.

Pada Mac lalu, nama Uqasha secara tiba-tiba menjadi tular selepas seorang pengguna media sosial membuat pengakuan secara terbuka dia pernah menjadi mangsa buli Uqasha sewaktu zaman persekolahan.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *