Global

Kambing Biri-biri Bersendirian Di Tebing Dua Tahun Diselamatkan Petani

Gambar via Mirror

Seekor kambing biri-biri yang hidup bersendirian di kaki tebing di sebuah tanah tinggi di Scotland selama kira-kira dua tahun telah diselamatkan oleh sekumpulan petani.

Digelar sebagai “Biri-Biri Britain Paling Sunyi”, haiwan bernama Fiona itu dijumpai oleh seorang pengkayak, Jill Turner.

Turner menjumpainya di pantai timur Highland di Moray Firth dua tahun lalu dan sekali lagi pada tahun ini. Sejak diselamatkan, dikatakan dia akan dibawa ke taman ladang Scotland.

Badan kebajikan SSPCA berkata ia menyedari keadaan kambing betina itu tetapi pada mulanya mereka memutuskan untuk tidak cuba menyelamatkannya kerana ia mempunyai banyak makanan dan air (di lokasi dijumpai).

Namun, satu petisyen yang dilancarkan telah menyeru badan kebajikan berkenaan untuk melakukan sesuatu dan ia mendapat lebih 55,000 tanda tangan untuk mengubah pendirian mereka.

Fiona Diselamatkan

Akhirnya, sekumpulan lima orang petani berjaya untuk membawanya ke cerun curam dengan selamat, dan sejak itu menamakannya “Fiona”.

Dalam video di media sosial, Ali Williamson berkata dia dan pasukannya menggunakan “peralatan berat” untuk membawa Fiona menaiki “cerun yang luar biasa”.

Tambahnya lagi, “Kesihatannya sangat baik. SSCPA berada di sini dan dia telah diperiksa sepenuhnya. Skor keadaannya kira-kira 4.5, dia terlalu gemuk. Ia adalah satu kerja yang agak berat untuk mengangkatnya ke atas cerun itu.

“Dia akan pergi ke suatu tempat istimewa yang anda semua tahu. Di mana anda akan dapat melihatnya secara virtual setiap hari.”

Awal minggu ini, SSCPA berkata mereka akan cuba menyelamatkan Fiona, dengan ketua penguasa badan amal Mike Flynn memberi amaran, “Kawasan di mana biri-biri itu terdampar tidak boleh diakses dari darat dan laut, menjadikan penyelamatan ini sangat rumit, terutamanya disebabkan oleh logistik untuk menyelamatkan haiwan besar”.

Bercakap mengenai kejayaan menyelamat pada Sabtu, jurucakap SSPCA berkata, “Pagi ini SSPCA Scotland telah hadir ke lereng bukit selepas mereka dimaklumkan bahawa sekumpulan individu yang mempunyai kepakaran mendaki cuba menyelamatkan biri-biri yang terkandas dengan turun ke tempat ia terperangkap.

“Kami gembira mengetahui biri-biri yang diselamatkan yang dipanggil Fiona itu berada dalam keadaan selamat dan sihat dan bersedia untuk memulakan hidup barunya.

“Kami amat berterima kasih kepada kumpulan yang telah menyelamatkannya. Tapi, kami perlu bertegas yang mereka mampu membuat sedemikian kerana mereka pendaki pakar.

“Kami juga ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan misi menyelamat yang boleh membahayakan diri mereka atau haiwan,” tambahnya lagi yang disertakan dengan nombor talian bantuan mereka.

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *