ViralVideo

“I Love Sabah” – Tak Kenal Loghat Sabah, Lelaki Blazer Merah Mohon Maaf

Minggu lalu, rakyat dikejutkan dengan insiden kekecohan di antara seorang rider dan pengawal keselamatan sebuah bangunan di Kuala Lumpur.

Kejadian semakin hangat apabila lelaki memakai blazer merah bertindak ganas dengan ‘lock’ pergerakan rider sehingga dia meronta untuk dilepaskan.

Tak cukup dengan itu, dia juga menuduh dialek percakapan rider berasal dari Sabah itu seperti orang luar. Ianya menyebabkan ramai brader-brader Sabah naik angin, macam cubit paha kanan paha kiri terasa la guys.

Tetapi isu tersebut nampaknya selesai apabila lelaki blazer merah ini bersemuka dengan orang Sabah dan meminta maaf. Dalam video viral di TikTok, dia mengakui tiada niat dan tak mahu isu terus berlarutan.

Saya tiada masalah dengan orang-orang lain. Juga tiada masalah dengan orang-orang Sabah. Saya sayang semua orang. I love Sabah.

Dia juga berterima kasih kepada individu yang sudi berbincang dengan baik untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Kredit: TikTok @ranggi017

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *