Umum

Populasi Buaya Di Sarawak Meningkat

Populasi buaya di Sarawak kini meningkat berbanding sembilan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

Beliau berkata berdasarkan bancian pemantauan, Sarawak kini mempunyai kira-kira 25,000 ekor buaya berbanding 13,500 ekor pada 2014.”Antara kawasan tumpuan bagi buaya ini adalah di Sungai Bako, Batang Lupar, Batang Sadong juga di Sibuti,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Len Talif berkata kementeriannya juga bercadang untuk mengadakan lawatan ke Afrika Selatan serta Australia bagi mempelajari cara menangani masalah populasi buaya yang tinggi.”Sebagai contoh, kita mahu belajar dari Kruger National Park di Afrika Selatan dalam menangani buaya manakala di Australia mereka telah mengeluarkan produk-produk berasaskan kulit buaya seperti tali pinggang, kasut dan beg,” katanya.

Sementara itu, Len Talif berkata aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara ‘real time‘ atau data masa nyata yang dibangunkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dijangka dilancarkan tahun depan.Menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.

Sumber: Sinar Harian

Related posts
Umum

CENDERAHATI RESEPSI SYED SADDIQ DAN BELLA DITAWARKAN RM350, NETIZEN BERI PELBAGAI REAKSI

Cenderahati yang didakwa daripada majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi…
Read more
Umum

TAHU RANCANGAN NIKAH BASS SEJAK SYAWAL, PENGASAS HIJABISTA HUB PILIH SIMPAN RAHSIA

Pengasas Hijabista Hub, Wanie Elena, bersama suaminya, Syafiq Hilmi, mendedahkan mereka mengetahui…
Read more
Umum

WANITA PELAWA NORA DANISH JADI MADU, AKTRES DOAKAN SUAMINYA KEKAL SETIA

Aktres Nora Danish berkongsi mesej peribadi daripada seorang wanita yang mempelawanya menjadi isteri…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *