Hiburan

Mawar Rashid & Raf Yaakob Sahkan Setuju Berpisah Atas Dasar Tiada Persefahaman

Spekulasi berhubung status terkini pelakon terkenal Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengesahkan bahawa mereka berdua bersetuju untuk berpisah.

Perkara itu dimaklumkan olehnya dan Raf dalam satu perkongsian di Instagram Story hari ini.

Mawar Rashid atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, memberitahu dia dan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob mengambil keputusan itu atas dasar tiada persefahaman.

Namun, hubungan mereka masih dalam keadaan baik walaupun sudah membawa haluan masing-masing.

Gambar: Instagram Story Raf Yaakob

“Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Saya dan Raf masih baik dan akan selamanya begitu.

“Fokus utama kami sekarang adalah untuk memberikan seluruh sokongan dan kasih yang diperlukan buat anak-anak kami.

“Kepada rakan-rakan media, hanya ini kenyataan yang dikeluarkan oleh kami berdua. Kami berharap anda semua dapat menghormati keputusan ini.

“Kepada pengikut yang dikasihi, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Tolong jangan timbulkan spekulasi atau sebarkan sebarang perkara negatif.

“Berat untuk kami kongsikan mengenai berita ini, namun ini yang terbaik untuk kami berdua,” tulisnya.

Mawar juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

“Ia sangat bermakna buat kami,” katanya.

Gambar: Instagram Story Mawar Rashid

Untuk makluman, pasangan itu mendirikan rumahtangga pada November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang berusia 10 bulan.

Sumber: Instagram Story Mawar Rashid

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Hiburan

FASHA SANDHA AKUI PERNAH TERASA HATI, BELAJAR FAHAMI KEHIDUPAN ELISYA SELEPAS BERKAHWIN

– Astro Gempak’s Photo – Pelakon Fasha Sandha mengakui pernah berkecil hati…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *