Hiburan

Ingat Lagu Galau, Vokalis D’Masiv Dedah ‘Rindu Setengah Mati’ Sebenarnya Lagu Ketuhanan

Kredit: Spotify

Selama ini, lagu ‘Rindu Setengah Mati’ nukilan kumpulan dari negara seberang, D’Masiv dianggap sebagai lagu ‘galau’ dalam kalangan pendengar.

Hal ini kerana, bait-bait lirik dalam lagu tersebut berkisarkan perasaan persona yang terlalu merindukan insan yang disayanginya.

Jika kita mendengarnya buat kali pertama, kita mungkin menyangka bahawa lagu tersebut adalah lagu ditujukan seseorang kepada kekasih hatinya.

Selain itu, lagu yang menampilkan rentak yang perlahan dan melankolik ini memberi tanggapan bahawa persona sedang memiliki hubungan romantik dengan insan istimewa tersebut.

Namun, jangkaan pendengar selama ini meleset apabila vokalis D’Masiv mendedahkan bahawa ‘Rindu Setengah Mati’ sebenarnya adalah lagu bergenre ketuhanan.

Vokalis, Rian Ekky Pradipta telah mendedahkan perkara tersebut menerusi satu ciapan di laman X (@RianEkkyP) pada 11.51 malam, semalam.

Dalam ciapan tersebut, beliau menceritakan saat nama D’Masiv mula melonjak naik pada tahun 2008 dan jadual mereka semakin sibuk.

“Kami banyak mengadakan persembahan di pelbagai tempat sampai selalu terlewat mendirikan solat,” ujarnya.

Rian kemudian seolah-olah mengakui rasa kesal mungkin mula timbul dalam diri sehingga terbawa-bawa ke dalam tidur.

“Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ketika itu, idea datang dan mendapat nada riff untuk lagu Rindu Setengah Mati.

“Jadi lagu ini sebenarnya terhasil kerana saya merasa sangat rindu untuk meluahkan isi hati kepada Allah S.W.T,” katanya.

 

Waktu sekitar tahun 2008 ..D’masiv era album pertama udah mulai sibuk2 nya.. kebanyakan manggung keliling kota sampai sholat sering lewat.. kebawa mimpi terus di dalem mimpi dapet nada reff Rindu setengah mati.. jadi sebenernya lagu itu lahir karena gw kangen curhat sama ALLAH..

Selain Rindu Setengah Mati, lagu hit ‘Cinta Ini Membunuhku’ turut terinspirasi dari kisah hidup Rian

Untuk makluman, Rindu Setengah Mati atau dirujuk sebagai Rindu 1/2 Mati merupakan lagu keluaran band D’Masiv pada 2010.

Lagu tersebut merupakan sebahagian daripada album Perjalanan yang dilancarkan pada tahun pertama.

Band asal Jakarta itu mula meraih populariti menerusi lagu hit yang berjudul ‘Cinta Ini Membunuhku’ pada 2008.

Menurut Kompas, lagu hit dari album Perubahan yang dilancarkan pada 2008 itu telah terinspirasi dari kisah pilu Rian sebagai penulisnya.

Difahamkan, lagu tersebut tercipta bagi menggambarkan perasaan cintanya ditolak sebanyak tujuh kali oleh seorang wanita ketika di bangku sekolah menengah.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *