Tips

Jangan Terus Guna, Ni Cara ‘Season’ Kuali Baharu

Gambar: dapoq_pdot via Tiktok

Bila anda membeli kuali yang baru untuk gantikan kuali yang lama, apa yang biasanya anda lakukan dulu? Adakah anda terus gunakan kuali itu, ataupun anda bersihkan kuali itu dulu?

Kebiasaannya anda mungkin akan bersihkan kuali baru itu dulu sebelum gunakannya untuk memastikan tiada sebarang habuk atau benda-benda lain yang mungkin melekat di permukaan kuali.

Tetapi, adakah anda juga melakukan seasoning untuk kuali anda? Ini bukan seasoning masakan ya, tetapi seasoning ini berguna untuk membuat lapisan coating supaya alatan memasak anda tidak cepat berkarat.

Ia juga berfungsi sebagai non-stick coating. Maksudnya, walaupun anda membeli kuali yang biasa yang bukan non-stick anda mungkin boleh mempunyai kuali non-stick anda sendiri sekiranya anda ikuti cara season kuali baru ini.

Cara Season Kuali Baru

Mula-mula, anda basuh dulu kuali yang dibeli itu. Pastikan anda membasuh permukaan dan juga bahagian bawah kuali dengan sabun pencuci pinggan. Kemudian, anda bilaskan kuali itu.

Langkah seterusnya, anda panaskan kuali itu di atas dapur gas dan tunggu ia panas sehingga menjadi warna coklat atau biru. Anda boleh memusingkan sedikit kuali itu supaya seluruh permukaan kuali akan dibakar secara sama rata.

Selepas itu, anda tuangkan sedikit minyak dan ratakan di setiap permukaan kuali. Kemudian, anda bilaskan kuali itu dengan air saja.

Seterusnya, anda panaskan semula kuali itu bersama minyak. Tetapi kali ini, anda akan gunakan tisu untuk meratakan minyak ke seluruh bahagian permukaan kuali.

Langkah yang dinyatakan boleh diulang beberapa kali sehinggalah anda betul-betul yakin bahawa coating itu berkesan.

Untuk menguji keberkesanan seasoning tersebut, anda boleh cuba menggoreng sebutir telur menggunakan kuali itu untuk melihat sama ada ia akan melekat ataupun tidak.

Sekiranya ia melekat, maksudnya coating anda tidak cukup. Jika tidak, maksudnya coating anda mencukupi.

Dengan cara ini, makanan-makanan yang dimasak menggunakan kuali non-stick tidak akan melekat lagi! Tidak perlulah anda menyental kuali kuat-kuat untuk hilangkan kesan-kesan yang ada lepas ni!

Related posts
Tips

7 Jenis Ikan Yang Perlu Dielak Untuk Kesihatan Jangka Panjang

Ternyata, terdapat 7 jenis ikan yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan dalam jangka panjang.
Read more
AgamaTipsUmum

Cara Tentukan Arah Kiblat Guna Bayang Matahari

Sudah menjadi lumrah untuk umat Islam mencari arahkiblatyang betul sekiranya berpindah…
Read more
VideoTips

Bekas Berminyak? Ini Cara Hilangkan Kesan Minyak!

Gambar: RASA via TikTok Setiap kali anda masak sesuatu dan letakkan ke dalam bekas plastik, ia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *