
Ternyata, terdapat 7 jenis ikan yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan dalam jangka panjang. Ikan dikenali sebagai salah satu bahan makanan yang digemari oleh ramai orang di seluruh dunia kerana rasanya yang sedap dan kandungan nutrisinya yang tinggi. Namun, ada beberapa jenis ikan yang boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia.
Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengurangkan pengambilannya atau mengelakkannya sama sekali. Berbeza dengan ikan buntal yang sudah dikenali beracun, tujuh jenis ikan berikut sering dimakan oleh manusia.
ELAK MAKAN 7 JENIS IKAN INI KALAU HENDAK JAGA KESIHATAN
1. Ikan Gindara

Ikan laut dalam ini boleh ditemui pada kedalaman antara 280 hingga 900 meter dan dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa ikan gindara mengandungi lemak beracun yang dikenali sebagai gemylotoxin, yang boleh membahayakan kesihatan manusia.
Pengambilan ikan gindara secara berlebihan boleh menyebabkan masalah seperti cirit-birit yang teruk. Oleh itu, kerajaan Jepun telah mengharamkan pengambilan ikan gindara sejak tahun 1977 disebabkan kesan negatifnya terhadap kesihatan. Jika anda tetap ingin makan ikan gindara, disarankan untuk tidak melebihi 170 gram sehari.
2. Ikan Todak

Ikan todak adalah ikan laut yang boleh mencapai berat sehingga 700kg dan mempunyai paruh tajam yang menyerupai pedang. Ikan ini sering ditangkap menggunakan kaedah long line untuk dijual sebagai makanan.
Namun, perlu diingat bahawa ikan todak mengandungi merkuri yang boleh membahayakan kesihatan. Kandungan merkuri dalam daging ikan todak meningkat seiring dengan usianya.
3. Ikan Talapia

Ikan tilapia adalah ikan air tawar yang sangat popular. Rasanya yang sedap dan harga yang berpatutan menjadikannya pilihan ramai. Namun, kandungan lemak dalam ikan tilapia hampir setara dengan lemak dalam daging babi.
Pengambilan ikan tilapia secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kolesterol dalam badan dan tidak digalakkan untuk individu yang mempunyai penyakit jantung, asma atau radang sendi.
4. Ikan Mahi-Mahi

Ikan mahi-mahi adalah ikan laut yang sangat digemari kerana rasanya yang sedap. Namun, ikan ini mengandungi histamin yang boleh menyebabkan keracunan makanan jika tidak diproses dengan betul selepas ditangkap.
5. Ikan Tuna

Ikan tuna adalah salah satu jenis ikan yang paling popular di dunia. Walaupun mengandungi Omega 3 yang baik untuk kesihatan jantung, ikan tuna juga mengandungi merkuri terutama jenis white albacore tuna.
6. Ikan Makarel

Ikan makarel adalah salah satu jenis ikan yang paling sering ditangkap oleh manusia. Namun, ikan ini juga mengandungi kadar merkuri yang tinggi.
7. Belut Air Tawar

Ikan belut boleh menyerap kotoran atau toksin dari sumber industri atau pertanian. Oleh itu, disarankan untuk mengurangkan pengambilannya.
Jika anda masih ingin makan belut, hadkan pengambilan kepada 300 gram sehari untuk orang dewasa dan 200 gram sehari untuk kanak-kanak.
Semoga maklumat ini berguna!


