VideoTips

Bekas Berminyak? Ini Cara Hilangkan Kesan Minyak!

Gambar: RASA via TikTok

Setiap kali anda masak sesuatu dan letakkan ke dalam bekas plastik, ia pasti akan meninggalkan kesan minyak, kan?

Kebiasannya, kesan minyak itu akan mengambil masa untuk dicuci dan lepas cuci pula masih ada rasa berminyak pada bekas itu. Kadang-kadang, sesetengah orang mungkin akan buang saja bekas itu.

Itu kalau bekas plastik yang biasa, kalau bekas plastik berjenama, pastilah anda akan berusaha mencuci bekas itu, kan?

Kalau nak tahu, ada cara yang sangat mudah untuk hilangkan kesan minyak pada bekas plastik.

@rasa.my

Susah nak cuci tupperware berminyak dan blender yang ada kesan kuning? Kami kongsikan cara mudah mencuci sampai berkilat. Confirm tak menyesal. Cubalah nanti. #fyp #majalahrasa #rasashare #tipandtrik #petuadapur #kitchenhacks

♬ original sound – RASA – RASA

Cara Hilangkan Kesan Minyak

Untuk menghilangkan kesan minyak pada bekas plastik anda, anda hanya perlukan sabun pencuci pinggan, sehelai tisu dan air secukupnya.

Mula-mula, anda tuangkan sedikit sabun pencuci ke dalam bekas itu dan tambahkan air secukupnya. Selepas itu, anda masukkan tisu.

Kemudian, ambil penutup bekas dan tutup bekas itu. Lepas dah tutup, anda goncangkan bekas yang dah berisi air, sabun dan tisu itu selama beberapa minit.

Kalau nak senang, apabila anda nampak kesan minyak pada bekas sudah hilang sepenuhnya pada bekas itu, anda boleh berhenti menggoncangkannya.

Buka penutup bekas dan buangkan air sabun itu tadi. Selepas itu, anda bilas bekas itu. Pastikan anda buang tisu ke dalam tong sampah anda dan bukan di dalam sinki anda, ya.

Segala kekotoran berminyak pada bekas plastik itu telah diserap oleh tisu yang anda letakkan tadi.

Selain daripada bekas plastik berminyak, anda mesti mempunyai bekas pengisar yang sudah kekuningan, kan? Ni nak kongsikan juga cara untuk bersihkan kesan kuning pada bekas pengisar.

Cara Bersihan Kesan Kuning

Kalau nak bersihkan kesan kuning pada bekas pengisar pula, anda perlukan beberapa bahan tambahan iaitu serbuk penaik dan juga cuka makan.

Anda masukkan dulu satu sudu serbuk penaik dan beberapa titik cuka makan. Seterusnya, anda tambahkan sabun pencuci pinggan dan juga air secukupnya.

Selepas itu, anda kisarkan semua bahan-bahan itu selama beberapa minit. Bila anda nampak kesan kuning hilang sepenuhnya, anda boleh berhenti mengisar dan buangkan air sabun serta bilas bekas itu.

Dah bersih! Mudah kan caranya? Selamat mencuba!

Sumber: RASA via TikTok

Related posts
Tips

7 Jenis Ikan Yang Perlu Dielak Untuk Kesihatan Jangka Panjang

Ternyata, terdapat 7 jenis ikan yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan dalam jangka panjang.
Read more
AgamaTipsUmum

Cara Tentukan Arah Kiblat Guna Bayang Matahari

Sudah menjadi lumrah untuk umat Islam mencari arahkiblatyang betul sekiranya berpindah…
Read more
Tips

Jangan Terus Guna, Ni Cara 'Season' Kuali Baharu

Gambar: dapoq_pdot via Tiktok Bila anda membeli kuali yang baru untuk gantikan kuali yang lama…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *