AgamaTipsUmum

Cara Tentukan Arah Kiblat Guna Bayang Matahari

Sudah menjadi lumrah untuk umat Islam mencari arah kiblat yang betul sekiranya berpindah ke rumah baharu bagi memastikan kepala yang disujud itu berada pada arah yang betul.

Sesetengah daripada kita, mesti ada yang menggunakan kaedah elektronik seperti aplikasi untuk mencari dan menentukan arah kiblat dan ada juga yang memanggil ahli-ahli falak untuk melakukan kerja tersebut. Meskipun sudah mendiami rumah selama beberapa tahun, tidak salah untuk melakukan pemeriksaan semula arah kiblat bagi memastikan ibadah yang dilakukan sempurna. Untuk maklumat, pada asasnya arah kiblat ini bermaksud arah menghadap ke kaabah yang terletak di Mekah (jarak yang terdekat). Kalau nak tahu, terdapat pelbagai kaedah untuk menentukan arah kiblat bukan sahaja di rumah tetapi di luar rumah sama ada menggunakan kaedah moden atau tradisional.

Guna bayang matahari cari arah kiblat

Antara kaedah tradisional yang paling senang dalam menentukan arah kiblat adalah dengan menggunakan bayang matahari. Betul, dengan matahari kita akan dapat tahu di mana arah yang sebetulnya. Jadi disebabkan itu dalam artikel kali ini, min akan kongsikan kepada orang ramai berkenaan panduan dalam menentukan kiblat menggunakan bantuan bayang matahari seperti yang dikongsikan oleh Bahagian Falak Dan Sumber Maklumat di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Dalam mencari arah kiblat, adalah penting untuk memastikan ia tepat supaya solat dapat didirikan dengan yakin dan sempurna. Seperti yang dikatakan tadi, bayang matahari boleh dijadikan sebagai kaedah untuk menentukan kiblat tetapi tidak boleh melakukan perkara ini pada hari-hari tertentu dalam bulan Januari, Jun, Julai dan Disember. Sebaiknya, dalam menetapkan kiblat adalah sewaktu matahari berada tegak di atas garisan kiblat dan peristiwa Istiwa A’dzam berlaku hampir sepanjang tahun kecuali hari tertentu pada bulan yang disebutkan sebelum ini. Senang sahaja, bayang matahari dicari dengan meletakkan kayu tegak yang diyakini tegak 90 darjah tanpa ada apa apa halangan. Ia boleh dilakukan pada tarikh dan waktu yang mana bayang matahari satu arah dengan arah kiblat dan pada kali ini, fenomena itu jatuh pada Selasa, 16 Januari.

Tatacara yang digunakan bagi menentukan arah kiblat dengan menggunakan kaedah ini adalah:

1. Pastikan merujuk kepada waktu yang tepat berdasarkan waktu Malaysia. (Sila dail 1051 untuk mengetahuinya).

2. Gunakan objek yang diyakini tegak (90 darjah) dan lurus seperti tingkap, pintu dan lain-lain.

3. Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat. Insya Allah.

4. Tandakan garis bayang yang terhasil.

Perkara yang perlu dilakukan apabila matahari sehala dengan kiblat:

Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tegak.

Unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari.

Garisan yang terhasil akan menunjukkan tepat ke arah kiblat.

Sumber: Bahagian Falak Dan Sumber Maklumat – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan/Facebook

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *