Global

Kemaraan Israel ke Barat Rafah: Letupan Kuat dan Asap Tebal Dilaporkan

Penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal sanggup mengambil risiko berlindung di bangunan yang separa musnah akibat serangan Israel. Gambar: AFP

Unit kenderaan rejim Zionis dilaporkan bergerak dari timur ke tengah Rafah menghampiri kem pelarian Shaboura, di mana tembakan roket dan artileri terus kedengaran setelah kawasan itu menjadi medan pertempuran terbaru.

Di luar Rafah, quadcopter milik tentera Israel turut berlegar-legar di ruang udara Hospital Eropah Gaza, kemudahan perubatan terbesar yang masih beroperasi di selatan enklaf tersebut.

Kemaraan terbaru ini kelihatan sebagai isyarat serangan berskala besar bakal dilancarkan ke atas Rafah setelah konvoi kenderaan rejim Zionis dilihat menghala ke daerah berpopulasi padat Yibna.

Tentera Israel semakin mara ke barat dan mengawal tiga kawasan di pinggir timur Rafah tetapi belum sepenuhnya diceroboh. Letupan kuat dan asap tebal dilaporkan dari lokasi tersebut. Kempen pengeboman terbaru pada Khamis telah meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa di seluruh wilayah terkepung.

Pertempuran sengit juga berlaku di kubu kuat pejuang Hamas di Rafah. Ketua Tindakan Kecemasan Majlis Pelarian Norway, Suze van Meegan menyatakan bahawa kebanyakan penduduk Palestin masih terperangkap. Rafah kini ‘terbahagi’ kepada tiga kawasan: timur sebagai zon perang, bahagian tengah menjadi ‘bandar hantu’, dan bahagian barat yang sesak dengan penduduk yang hidup dalam keadaan daif.

Related posts
SukanGlobal

KIM KARDASHIAN CURI PERHATIAN DI F1 SINGAPURA, HADIR SOKONG LEWIS HAMILTON

– Reuters – Selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, menjadi perhatian…
Read more
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *