Tempatan

Kritikan terhadap ‘Pinkish Festival’: Zulkifli Seru Waspada Terhadap Hiburan yang Merosakkan

Zulkifli (kanan) berkongsi gambar pesta liar yang berlangsung dalam sebuah tren sewa khas yang melakukan perjalanan pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah baru-baru ini.

Perbuatan maksiat dan derhaka adalah bertentangan dengan ketaatan kepada perintah ALLAH SWT.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata bahawa pada dasarnya, Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur. Namun, hiburan harus dipandu dan dinilai berdasarkan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama, serta tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang dilarang atau bertentangan dengan ajaran Islam.

“Islam membenarkan hiburan kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai video pesta hiburan sempena ulang tahun ‘Pinkish Festival’ di tren sewa khas yang membuat perjalanan pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah yang tular baru-baru ini.

Zulkifli turut berkongsi gambar penganjuran parti liar tersebut di laman webnya pada Jumaat dan menegaskan bahawa alasan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengenai penganjur yang kononnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan adalah tidak boleh diterima.

“Patuh garis panduan bukan alasan berhibur sebebasnya termasuk meniru gaya hidup barat yang kini banyak melanda sebahagian besar umat Islam. Malah untuk perkara-perkara yang sukar atau hampir mustahil dilakukan sekalipun, ada dalam kalangan umat Islam yang melakukannya,” ujarnya,

Beliau menekankan bahawa adalah penting untuk memastikan setiap bentuk hiburan yang dianjurkan selari dengan ajaran Islam dan budaya ketimuran. Hiburan harus menekankan adab dan tatasusila yang sesuai serta menghindari unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah dan moral masyarakat.

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *