Hiburan

‘The Experts’ Mempersembahkan Gabungan Bintang-Bintang Terbaik Malaysia

Gabungan kelima pelakon ini memberikan kesan yang berbeza kepada penonton.

“Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir” – Moto bagi filem terbaru hasil kerjasama Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures, “The Experts” yang telah ditayangkan sejak 23 Mei.

Naratif dan skrip hasil ciptaan Joel Soh, pencipta francais box office “Polis Evo” serta pengarah “Polis Evo 2” Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem “J2: J Retribusi” yang bertindak sebagai pengarah naskhah ini.

Filem “The Expert” menampilkan untuk kali pertama gabungan Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran dalam misi mereka.

Kisah “The Expert” menceritakan lima adik-beradik: Farid (Aaron Aziz) sebagai ketua atau maestro, Lan (Ray) adalah pakar godam, Amer (Remy Ishak) pakar penyamaran, Emma (Mimi Lana) pakar manipulasi dan Keyrol (Syafiq Kyle) perisik dan pakar membuka peti besi yang telah membuat gejolak di negara dengan pencurian emas yang penuh kecekalan.

Setelah peristiwa rompakan itu, mereka memulakan kehidupan baru tetapi segalanya berubah apabila Keyrol dibebaskan dari penjara sepuluh tahun kemudian.

Terjebak dalam ancaman besar, kelima-lima adik beradik ini terpaksa kembali ke dunia yang telah mereka tinggalkan lama dan merancang pencurian terbesar dalam sejarah.

Related posts
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KONGSI BAHAGIA, KENDURI RAKYAT DI MUAR DAN KOTA KINABALU

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kebahagiaan perkahwinan mereka…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *