Hiburan

Misteri Pelakon Kahar Kapla High Council Terjawab: Aedy Ashraf Berganding Dengan Amir Ahnaf

Dalam Kahar Kapla High Council, Amir atau nama sebenar, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin diberi kepercayaan untuk memegang watak utama. Gambar: Astromedia

Misteri siapa pelakon yang akan berpasangan dengan Amir Ahnaf dalam filem prekuel Projek High Council iaitu Kahar Kapla High Council, akhirnya terjawab.

Astro Shaw telah mengumumkan pemilihan beberapa aktor termasuk Aedy Ashraf yang akan memegang watak Beja.

Turut terpilih untuk membarisi filem prekuel berkenaan ialah model serta bakat baharu, Sky Iskandar sebagai Megat.

Selain itu, dua watak lain berjaya menerusi sesi uji bakat adalah Thompson Goh dan Khenobu yang masing-masing memegang watak Li dan Jojo.

Dalam filem Kahar Kapla High Council, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin yang dikenali sebagai Amir diberi kepercayaan untuk memegang watak utama.

Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang sebelum ini mengarahkan siri Project: Anchor SPM.

Sebelum ini, pihak Astro Shaw mengadakan sesi pencarian pelakon yang bersesuaian bagi dua watak utama yang lain, iaitu Beja dan Megat.

Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 4 Mac hingga 16 Mac.

Projek High Council memaparkan kisah gelap dan buli pelajar-pelajar di sebuah sekolah asrama dikenali sebagai Ungku Deramat.

Projek: High Council turut dibintangi Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Naim Daniel dan Daiyan Trisha. 

Sumber: Awani

Related posts
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KONGSI BAHAGIA, KENDURI RAKYAT DI MUAR DAN KOTA KINABALU

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kebahagiaan perkahwinan mereka…
Read more
Hiburan

AZHAN RANI HADIAHKAN KERETA KEPADA ADIK SEBAGAI PENGHARGAAN MENJAGA IBU

Pelakon Azhan Rani menghadiahkan sebuah kereta kepada adiknya sebagai tanda penghargaan atas usaha…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *