Global

Tragedi Rafah: 45 Palestin Terbunuh Akibat Serangan Israel

Rakyat Palestin cuba melarikan diri susulan serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas Rafah. Gambar: Reuters

Israel meneruskan serangannya dengan menyerang Rafah sebuah bandar di selatan Gaza yang telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin pada Jumaat lalu.

Nampaknya Israel sedang cuba menyelesaikan penawanan mereka di Rafah yang bersempadan dengan Mesir dan bandar itu telah menjadi sasaran serangan Israel sejak bulan Mei.

Kereta kebal Israel telah menembusi bahagian barat dan utara bandar tersebut selepas menawan kawasan timur, selatan dan tengah.

Tembakan dari pesawat, kereta kebal dan kapal di luar pantai mendorong gelombang baru perpindahan rakyat Palestin dari bandar itu.

Sebelum ini bandar itu telah melindungi lebih daripada sejuta orang yang berpindah yang kebanyakannya kini terpaksa melarikan diri semula.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin telah terbunuh di Mawasi, barat Rafah selain 50 yang lain cedera.

Penduduk Palestin berkata, peluru kereta kebal telah mengenai sebuah khemah yang menempatkan keluarga pelarian.

Israel seperti biasa, menafikan tindak tanduk kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.

Sepanjang minggu lalu, tentera Israel telah menyasarkan sebuah universiti yang didakwa berfungsi sebagai ibu pejabat pejuang Hamas.

Related posts
SukanGlobal

KIM KARDASHIAN CURI PERHATIAN DI F1 SINGAPURA, HADIR SOKONG LEWIS HAMILTON

– Reuters – Selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, menjadi perhatian…
Read more
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *