Hiburan

Ummi Umairah Memenangi Emas di WCOPA, Harumkan Nama Malaysia

Umai mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat emas pada pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat.

Anak saudara penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dengan memenangi pingat emas dalam pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, pagi ini.

Ummi Umairah, yang berusia 13 tahun dan lebih dikenali sebagai Umai, memenangi pingat tersebut dalam kategori 2024 Junior Championship Vocalist dengan mengalahkan empat peserta lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

Dalam pentas final tersebut, Umai membawakan lagu “A Natural Woman” yang dipopularkan oleh Aretha Franklin.

Berita kejayaan ini telah dikongsi oleh Umai di Instagram miliknya, @umairah_sairahtarudin.

“Kemenangan ini untuk korang (anda) semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat,” tulis anak kepada penyanyi Siti Saerah itu.

Sementara itu, Siti Nurhaliza turut berkongsi video nyanyian Umai berserta kapsyen “berserah” selain turut meninggalkan komen di Instagram milik Umai.

“Tahniah Umai! Berjaya bawa pulang emas dan mengharumkan nama Malaysia,” katanya ringkas dalam video berdurasi lebih kurang seminit itu.

Terdahulu, pada saringan pertama, Umai bersaing dalam lima kategori, iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berentap di peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B Yang seterusnya membawa remaja ini ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. 

Sumber: BERNAMA

Related posts
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
Hiburan

JEP SEPAHTU LUAH KECEWA, MINTA SHUIB BERHENTI BANGKITKAN ISU PERSAHABATAN DI PODCAST

Pelawak Jep Sepahtu meluahkan rasa kecewa terhadap Shuib yang didakwanya masih membangkitkan isu…
Read more
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *