Resipi

Nikmati Buttercrème Latté Setiap Hari Tanpa Kering Poket

Buttercrème Latté (Gambar: MIX-LAH Official via TikTok)

Buttercrème Latté pernah viral dan menjadi fenomena di media sosial. Sehingga hari ini, minuman ini masih popular dalam kalangan pencinta kopi. Bagi mereka yang suka memulakan hari dengan secawan kopi, minuman ini adalah pilihan yang tepat. Rasanya tidak terlalu pahit dan ‘creamy’, sesuai untuk mereka yang tidak begitu gemar kopi.

Tapi, takkan setiap hari ‘mengidam’ dan setiap hari juga kena keluarkan duit untuk beli secawan Buttercrème Latté? Sebenarnya, senang saja nak buat Buttercrème Latté ni. Tak perlu beratur panjang di kafe semata-mata nak puaskan tekak. Lebih baik buat sendiri, boleh minum bercawan-cawan. Malah, lebih sedap kalau kita buat sendiri.

Bahan-bahan Buttercrème Latté
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Buttercrème Latté ialah:

  • Butter
  • Gula kastor
  • Serbuk Latté
  • Whipping cream
  • Air panas
  • Susu segar UHT
  • Ais

Cara Penyediaan Buttercrème Latté
Untuk menyediakan Buttercrème Latté, mula-mula sediakan bekas yang bersih dan masukkan 3 sudu mentega serta 1 scoop gula kastor. Pukul bahan-bahan tersebut sehingga kembang.

Kemudian, masukkan 1 scoop serbuk Latté dan gaul sehingga sebati. Selepas itu, tambahkan whipping cream (yang telah dipukul sehingga kembang) ke dalam campuran tadi dan gaul semua bahan sehingga sebati.

Seterusnya, sediakan cawan dan masukkan 3 scoop serbuk Latté bersama 100ml air panas untuk melarutkan serbuk tersebut. Tambahkan ais ke dalam cawan sebelum menuang 150ml susu segar UHT.

Akhir sekali, letakkan buttercrème yang telah disediakan di atas minuman tersebut, dan gaulkan sebelum diminum.

Selamat mencuba!

Related posts
Resipi

Resepi Viral Puri Sambal Sardin: Mudah dan Sedap!

Puri Sambal Sardin yang menarik, siap untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini menjadi viral…
Read more
Resipi

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api: Alternatif Sedap dan Jimat!

Hidangan telur dadar masak lemak cili api yang pedas dan beraroma dimasak dengan santan dan…
Read more
Resipi

Kubis Gulung Kukus: Alternatif Diet Lazat dan Sihat

Sajian diet tinggi protein, disertakan dengan sos tiram dan kicap cair yang memikat. Ramai yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *