Hiburan

Khairul Aming Dilantik Sebagai Juri Utama TikTok Awards Malaysia 2024

Pemilihan Khairul Aming sebagai juri kali ini sangat bermakna berikutan kejayaannya dinobatkan sebagai Creator of The Year tahun lalu.

Pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming kini dilantik sebagai salah seorang juri utama untuk TikTok Awards Malaysia 2024, bertanggungjawab memilih pemenang dalam segmen Pilihan Juri.

Pemilihan Khairul Aming sebagai juri kali ini amat bermakna memandangkan kejayaannya yang dinobatkan sebagai Creator of The Year tahun lepas.

Dalam sidang media yang diadakan pada Khamis, Khairul Amin Kamarulzaman, nama sebenar Khairul Aming menyifatkan bahawa menjadi pencipta kandungan bukanlah satu tugas yang mudah.

“Selain menghiburkan orang dengan kandungan yang kita cipta, setiap langkah dan aktiviti kita akan ‘dipantau’ dan diikuti. Jadi tugas content creator sangat besar sebenarnya dalam membentuk persepsi masyarakat,” katanya yang teruja untuk menjurikan pencipta kandungan bagi tahun ini.

Malah, beliau turut menggariskan lima perkara yang penting ketika mengenal pasti pencipta kandungan dalam TikTok Creator Awards tahun ini:

  1. Usaha untuk menambah baik kandungan yang dicipta sama ada jalan cerita mahupun perkembangan cerita yang lebih baik untuk pengikut.
  2. Personaliti yang baik terutamanya pengurusan hubungan massa yang cekap dan strategik.
  3. Keaslian kandungan juga penting kerana ia akan membawa kepada keunikan kandungan yang dicipta.
  4. Spektrum kreativiti yang luas serta dapat mencetuskan trend baharu.
  5. Pencipta kandungan yang bernilai tinggi akan dapat memberi impak positif kepada masyarakat.

TikTok Awards Malaysia 2024 akan berlangsung pada 11 Ogos 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan menerusi dua segmen utama iaitu segmen Pilihan Juri dan Pilhan Popular.

Related posts
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KONGSI BAHAGIA, KENDURI RAKYAT DI MUAR DAN KOTA KINABALU

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kebahagiaan perkahwinan mereka…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *