Hiburan

Nabil Ahmad Berjaya Bergambar Dengan Lee Zii Jia Setelah Gunakan Nenek Sebagai ‘Kabel’

Idea pengacara Nabil Ahmad yang menggunakan nenek Lee Zii Jia sebagai ‘kabel’ untuk menarik perhatiannya membuahkan hasil. (Gambar: Instagram era.jer)

Idea penyampai radio dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad untuk menggunakan nenek Lee Zii Jia sebagai ‘kabel’ untuk menarik perhatian pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu nampaknya berjaya.

Pemain badminton negara itu segera mendekati neneknya dan Nabil pun meneruskan misi untuk bergambar dengan perseorangan lelaki berusia 26 tahun tersebut.

“Yes! Yes! Menggunakan ‘kabel’ nenek, kita berjaya!” kata Nabil dalam video yang dimuat naik di Instagram ERA.

Selain itu, Nabil yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga menyambut kepulangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta bergambar bersama mereka.

“Guys, Alhamdulillah misi selesai. Kita dapat jumpa Lee Zii Jia, dapat berjumpa Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

“Dapat bergambar walaupun sekejap sebab lihatlah keadaan macam mana, memang sibuk sangat,” katanya dalam hantaran video berbeza.

Nabil sebelum itu terpaksa berkejaran menanti ketibaan hero negara itu dari balai ketibaan antarabangsa ke domestik sebanyak dua kali sebelum ketiga-tiga wira negara itu muncul di balai ketibaan domestik.

“Terima kasih banyak semua yang tunggu kami sejak pagi tadi. Dari (balai ketibaan) antarabangsa ke domestik, domestik ke antarabngsa dan kembali semula, sangat-sangat berbaloi, puas hati.

“Ini untuk pasukan Malaysia,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dengan keputusan 16-21, 22-20, 21-19 dalam perebutan pingat gangsa.

Related posts
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KONGSI BAHAGIA, KENDURI RAKYAT DI MUAR DAN KOTA KINABALU

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kebahagiaan perkahwinan mereka…
Read more
Hiburan

AZHAN RANI HADIAHKAN KERETA KEPADA ADIK SEBAGAI PENGHARGAAN MENJAGA IBU

Pelakon Azhan Rani menghadiahkan sebuah kereta kepada adiknya sebagai tanda penghargaan atas usaha…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *