Hiburan

Akaun Instagram Mierul Aiman Kena Godam: Pelakon Saran Pengikut Jangan Akses Pautan Tidak Dikenali

Mierul Aiman mengumumkan bahawa akaun Instagram (IG) miliknya yang mempunyai lebih 255,000 pengikut telah digodam pada awal pagi Selasa.

Pelakon Mierul Aiman memaklumkan bahawa akaun Instagram (IG) miliknya yang mempunyai lebih 255,000 pengikut telah digodam awal pagi Selasa.

Menurut Mierul yang nama penuhnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, dia dihubungi oleh pengurusnya sekitar jam 2 pagi tadi yang bertanya mengenai hantaran di akaun tersebut.

“Pengurus mesej saya, dia kata, awak jual emas ke… saya kata bukan saya yang buat. Bila saya cuba masuk semula ke akaun berkenaan, sudah tidak boleh.

“Jadi saya terus minta bantuan pihak pengurusan untuk dapatkan semula akaun itu,” katanya menerusi temu bual bersama sebuah stesen radio hari ini.

Tambah juara Hero Remaja 2021 itu, beberapa peminat berjaya berkomunikasi dengan penggodam dan mereka juga telah menghantar tangkap layar perbualan tersebut.

“Cara dia jawab mesej, dia (penggodam) itu macam orang tempatan sebab ada yang tanya mana Mierul, dia jawab ada je ni… Gaya mesejnya macam orang kita,” ujarnya.

Setakat ini, Mierul telah membuka akaun Instagram yang baru dan syarikat pengurusannya juga telah mengingatkan pengikut pelakon itu agar tidak mengakses sebarang pautan atau cuba berinteraksi dengan penggodam tersebut.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *