Resipi

Resepi Viral Ayam Goreng Bawang Putih: Rangup di Luar, Lembut di Dalam!

Nikmati kelezatan ayam goreng dengan sentuhan unik bawang putih.

Terdapat banyak resepi ayam viral yang patut anda cuba kerana bukan sahaja popular, malah pasti membuatkan ramai orang bertambah. Masakan yang menggunakan ayam sebagai bahan asas memang sentiasa digemari.

Hampir seluruh masyarakat Malaysia sangat menyukai ayam dan menjadikannya makanan harian.

Daging ayam yang wangi dan lembut, bersama perpaduan rempah-rempah dalam masakan, benar-benar membangkitkan selera.

Ayam goreng bawang putih pernah tular di TikTok kerana keenakannya. Jika anda bosan dengan ayam goreng kunyit atau ayam goreng crispy, cuba resepi ini.

Teksturnya memang rangup di luar dan lembut di dalam. Aroma bawang putih yang memikat pasti menambah selera anda.

Bahan kisar:

  • Telur – sebiji
  • Bawang merah besar – sebiji*
  • Bawang putih – 3 ulas*
  • Halia – 1 inci*

Bahan lain:

  • Sos tiram – 2 sudu
  • Kiub pati ayam (cairkan mengikut jumlah ayam)
  • Serbuk perasa dan gula
  • Tepung ubi – 2/3 sudu

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan kisar.
  2. Tuangkan ke atas ayam dan campurkan dengan sos tiram, kiub pati ayam, serbuk perasa, gula, dan tepung ubi.
  3. Gaul rata dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama diperap, lagi baik.
  4. Goreng seperti biasa. Semasa mengalihkan ayam, taburkan beberapa ulas bawang putih yang telah dicuci tetapi tidak dibuang kulit.

Anda mesti cuba resipi ini!

Related posts
Resipi

Resepi Viral Puri Sambal Sardin: Mudah dan Sedap!

Puri Sambal Sardin yang menarik, siap untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini menjadi viral…
Read more
Resipi

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api: Alternatif Sedap dan Jimat!

Hidangan telur dadar masak lemak cili api yang pedas dan beraroma dimasak dengan santan dan…
Read more
Resipi

Kubis Gulung Kukus: Alternatif Diet Lazat dan Sihat

Sajian diet tinggi protein, disertakan dengan sos tiram dan kicap cair yang memikat. Ramai yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *